Jumaat, 2 Ogos 2013
EW3
popiaminirelaxbrother
Popia berintikan ikan bilis yang dikisar halus. Makanan ringan untuk seisi keluarga.
Rabu, 31 Julai 2013
15 RAHSIA KEAJAIBAN KAABAH YANG PERLU DI KETAHUI
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
"Semoga dengan serba sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita manfaat bersama
إن شاء الله
(Peringatan buat diriku sahabat muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah serta umat yang dirindui Rasullullah)
Biodata Rasulullah s.a.w
Posted by musicbrother
Pepatah Melayu ada
mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita
terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran
Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan
sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah
tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.
Menyedihkan lagi, sebahagian
daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino '
daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis
daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang
kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab
untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan
ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan
Rasulullah SAW.
BIODATA RASULULLAH S.A.W
BIODATA RASULULLAH S.A.W
- Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
- Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
- Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
- Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
- Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
- Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
- Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
- Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
- Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
- Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
- Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
- Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
- Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia
12 tahun).
- Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
- Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
- Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
- Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
- Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
- Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
- Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
- Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
- Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
- Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
- Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
- Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
- Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
- Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.
USIA 63 TAHUN
- Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
ISTERI-ISTERI
RASULULLAH SAW
- Khadijah Binti Khuwailid.
- Saudah Binti Zam'ah.
- Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
- Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
- Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
- Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
- Zainab Binti Jahsy.
- Maimunah Binti Harith.
- Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
- Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH
SAW
1.
Qasim
2.
Abdullah
3.
Ibrahim
4.
Zainab
5.
Ruqaiyah
6.
Ummi
Kalthum
7.
Fatimah
Al-Zahra '
ANAK TIRI RASULULLAH
SAW
Halah bin Hind bin
Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind
bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang
janda).
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1.
Thuwaibah
2.
Hamzah
3.
Abu
Salamah Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN
1.
Halimah
Al-Saidiyyah
2.
Abu
Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
3.
Abdullah
bin Harith bin Abdul ' Uzza
4.
Syaima
' binti Harith bin Abdul ' Uzza
5.
'Aisyah
binti Harith bin abdul ' Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH
SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1.
Al-Harith
2.
Muqawwam
3.
Zubair
4.
Hamzah
***
5.
Al-Abbas
***
6.
Abu
Talib
7.
Abu
Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8.
Abdul
Ka ' bah
9.
Hijl
10.
Dhirar
11.
Umaimah
12.
Al-Bidha
(Ummu Hakim)
13.
Atiqah
##
14.
Arwa
##
15.
Umaimah
16.
Barrah
17.
Safiyah
(ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk
Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
Nabi Muhammad SAW -
Manusia agong
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata
apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut..
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca..
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
1. Paras air ZamZam adalah sekitar 10,6 kaki di bawah permukaan bumi.
2. Ia adalah keajaiban Allah apabila ZamZam telah dipam secara berterusan selama lebih daripada 24 jam dengan kadar pengepaman 8,000 liter sesaat.
3. Apabila sedang dipam paras air zam zam tersebut akan menurun kepada hampir 44 kaki di bawah permukaan.
4. Akan tetapi apabila aktiviti pengepaman dihentikan, tahap air zam zam tersebut akan naik dengan segera kepada 13 kaki selepas 11 minit.
5. 8,000 liter per saat bermakna 8.000 x 60 = 480,000 liter per minit .480,000 liter per minit bermakna bahawa 480,000 x 60 = 28,8 Juta liter sejam.
6. Dan 28,8 Juta liter sejam bermakna bahawa 28800000 x 24 = 691,2 Juta liter sehari.
7. Jadi zam zam telah dipam 690 Jutaan liter dalam masa 24 jam,
akan tetapi ia dibekalkan semula dalam masa 11 minit sahaja.
8. Terdapat 2 keajaiban di sini, yang pertama bahawa ZamZam semula diisi dengan segera, & yang kedua ialah bahawa Allah S.W.T telah memegang sumber yang luar biasa ini untuk tidak membiarkan ZamZam tambahan tersebut tidak keluar daripada telaganya, sebaliknya jika sumber tersebut tidak ditahan pasti dunia akan tenggelam.
9. Dan sebab itu maksud zamzam itu sendiri yang membawa maksud "henti", Zimam dari perkataan Arab, ia adalah tali untuk mengekang atau ditarik untuk menghentikan haiwan berjalan.
10. Zamzam adalah air yang tidak mempunyai warna atau bau, tetapi ia mempunyai rasa yang berbeza.
SUBUH
sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna BIRU MUDA yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu subuh ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu BIRU MUDA tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi, mereka yang terlewat Subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
ZOHOR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyrak & dhuha) dan kemudian warna KUNING menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi, mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zohornya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
ASAR
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna OREN, iaitu masuknya waktu Asar di mana spectrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari, dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal waktu Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh ini terpisah (tidur la tu..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
MAGHRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam akan berubah ke warna MERAH dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib la dulu…) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna INDIGO dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan system kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya,inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan system tubuh berada dalm kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu, dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus, dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurnia’kan syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambaNya atas sifat Pengasih dan PenyanyangNya sebagai pencipta kerana Dia tahu hambaNya ini amat-amat memerlukanNya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi cuba mengenengahkan amalan-amalan lain yang difikirkan baik untuk kesihatan, sedangkan solatnya entah ke mana…???
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....
Aamiin Ya Allah.
Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai orang yang boleh atau lebih, tiada kerugian bahkan digalakkan.
Ikhlaskanlah hatimu dalam menyampaikan dakwah ini kerana Allah. Dunia adalah pentas, akhirat jua lah tempatnya yang sebenar.
4.Tempat Asal Makam Nabi Ibrahim.
5.Binaan Makam Nabi Ibrahim Sekarang. Berdoa di antara azan Subuh hingga Iqamat (minta kebahagiaan keluarga).
6.Pintu Bani Syaibah (tempat masuk Nabi Muhammad SAW).
7.Telaga Zam-zam. Antara azan Maghrib hingga Iqamat (minta ilmu makrifat).
8.Hijir Ismail. Selepas Asar hingga Maghrib (minta kekayaan harta benda).
9.Mizab Rahmah (Pancuran Rahmat).
10.Mustajaar (Pintu keluar Kaabah – ditutup).
11.Rukun Yamani
12.Tempat bermulanya Tawaf (penjuru Hajar Aswad).
13.Mihrab Nabi Muhammad SAW di Madinah (bertentangan dengan pancur emas Kaabah).
Langgan:
Catatan (Atom)