Diatas komitmennya sendiri, Slam telah ditubuhkan pada awal
tahun 1991 di Johor Bahru. Shah yang bertindak sebagai ketua kumpulan
memberitahu kegagalan beliau bersama Exist pada waktu itu telah menjadi
inspirasi ke arah terbentuknya Slam.
Dia mengajak teman lamanya iaitu Razak
Bajuri, Osman Khalid dan Lili Masrani berjuang bersama atas dasar semangat
setiakawan yang utuh. Ketika ini mereka menggunakan nama Fix sebagai
nama kumpulan. Mereka kemudiannya menjalankan ujibakat bagi mencari penyanyi
biarpun ketika itu Fix terlebih dahulu mendapat empat orang penyanyi yang
mempunyai kekuatan vokal tersendiri. Bagaimanapun jodoh Fix dengan
penyanyi-penyanyi tersebut tidak panjang kerana mereka masih mencari
keserasian. Mereka mempunyai perancangan masa depan yang menarik dalam industri
muzik maka mereka mahukan penyanyi visi yang baik bagi mendukung wawasan
mereka.
Sewaktu rakaman album
pertama mereka pada 1992 telah berjalan Shah terpaksa mengetepikan vokalisnya
gara-gara suara tidak mencapai tahap yang dikehendaki sewaktu mendendangkan
lagi ‘Nina` ciptaan Rahim Othman.
Mereka terpaksa menangguhkan pembikinan album pertama dengan membuka peluang
kepada vokalis-vokalis baru yang ingin mencuba nasib dengan Slam. Ujibakat
telah diuruskan bersama oleh pihak pengurusan Johan Sound Production yang kini
dikenali sebagai Johan Music. Mereka akhirnya ditemukan dengan pemuda asal
Ampang, Selangor Zamani Ibrahim
yang
pada ketika itu berusia 22 tahun. Keunikan suaranya jelas memukau pihak
pengurusan dan anggota kumpulan yang lain. Berbekalkan bakat semulajadi dan
seraut wajah kekanak-kanakan, Zamani dijangka boleh membuat peminat tidak puas
memandangnya.
Zamani juga merupakan
seorang penyanyi yang tidak pernah meninggi diri walaupun dia kini tergolong
dalam kelompok vokalis terbaik tanahair. Malahan penyanyi itu mempunyai sifat
malu yang cukup tebal hingga terpaksa belajar beraksi di pentas dengan ketua
kumpulan mereka, Shah. Menurutnya, dia banyak belajar tentang bagaimana cara
menyanyi dengan penghayatan yang baik dan tinggi. Dia juga cukup menghormati
Shah kerana baginya Shah mempunyai kebolehan luar biasa yang jarang dipunyai
oleh sesetengah pemuzik lain. Hal ini berlaku mungkin kerana pengalaman Shah
yang cukup luas dalam muzik malah berprinsip tinggi. Kriteria itu juga yang
menyebabkan seluruh anggota Slam bersetuju memilihnya sebagai ketua kumpulan
walaupun jika dihitung dari sudut umur, Shah adalah kumpulan yang paling muda.
Zamani berjaya menyanyikan semula lagu-lagu yang telah 70% dirakamkan oleh
vokalis asal. Setelah berjaya menamatkan proses rakaman yang memakan masa
hampir 60 jam, mereka sekali lagi dikejutkan oleh berita buruk dari meja
pengurusan apabila nama `Fix` tidak boleh digunakan kerana ianya boleh
menimbulkan kekhilafan dalam sebutan. Pun begitu, profesionalisme yang
ditunjukkan oleh pihak pengurusan Johan Sound Production Berjaya menenangkan
setiap anggota kumpulan yang tergantung namanya ini. Mereka sekali lagi
terpaksa membuka talian kepada penggemar muzik tanah air yang sudi memberi nama
kepada kumpulan anak muda yang baru dilahirkan ini. Dari 3000 penyertaan, Johan
Sound Production dan anak-anak muda yang cukup tegar pegangan muzik ini telah
memilih `Slam` sebagai nama baru menggantikan nama asal ‘Fix`. Biarpun begitu
mereka sewajarnya boleh berbangga kerana tidak perlu menggunakan pemuzik
undangan. Sewaktu di studio, setiap anggota Slam tahu dan faham tugas
masing-masing. Selagi tidak berpuas hati dengan muzik ataupun vocal, mereka
akan terus bermain tanpa henti. Kadang kala masa dalam studio lebih panjang
dari waktu-waktu lain.
Namun impian tidak
selalunya menjadi kenyataan, Slam terpaksa akur dengan kehendak peminat muzik
tempatan. Konsep ‘Pop Kreatif’ yang diperjuangkan secara kumpulan merupakan
sesuatu yang baru di Negara ini. Walaupun album pertama mereka cukup baik dan
mempunyai nilai artistik serta nilai jual yang tinggi, namun faktor populariti
juga perlu diambilkira. Album pertama mereka sekadar mencecah jualan 40.000
unit sahaja ekoran persaingan dengan kumpulan muzik sedia ada seperti Spring,
Mega, Fotograf dan pesaing terapatnya Ukays. Lagu-lagu seperti Malam Dan Semalam, Buat Seorang Kekasih dan Nina masih
belum cukup kuat untuk mengangkat martabat muzik Slam. Namun, Slam tidak dapat
melatah lantas mereka membuat ‘post moterm’ ke atas Slam. Mereka akhirnya
bersetuju untuk menambah anggota dengan mengundang Eddie Ahmad yang pernah
bermain muzik keyboard bersama kumpulan Ekamatra
sewaktu kumpulan itu berada dipuncak kegemilangannya menerusi Pusara Di Lebuhraya. Slam bertambah mantap
dengan penyertaan Eddie. Dengan pengalaman yang luas dimiliki oleh pemuzik yang
berkaca mata ini, beliau telah memantapkan lagi susunan muzik Slam disamping
idea-idea beliau yang tidak pernah jemu untuk diterima oleh anggota-anggota
Slam yang lain.
Dalam setiap pembikinan
album, Slam tidak terlalu cerewet memilih komposer jemputan apatah lagi mereka
sendiri mampu menggubah lagu. Nama-nama seperti Johan Aziz
(yang juga merangkap
sebagai pengurus Slam), Rahim Othman dan Saari Amri
tidak pernah lekang dari bibir peminat setia kumpulan ini. Bagi peminat-peminat Slam, nama-nama besar ini telah berjaya mencorak irama muzik Slam dari pelbagai dimensi kerana mereka mempunyai cara, citarasa, identiti dan susunan muzik tersendiri.
Kemuncak Populariti (1995 - 1999)
Tuah ayam nampak dikaki,
tuah manusia siapa yang tahu. Dalam usia setahun jagung penubuhannya, Slam
telah Berjaya mengumpul peminatnya sendiri. Album kedua mereka Kesan Terbukti telah
berjaya meletakkan kumpulan ini sebaris dengan kumpulan-kumpulan muzik gergasi
tanahair dari segi jualan, kualiti dan populariti. Album ini telah meledak
dipasaran sekaligus nama Slam tiba-tiba sahaja menjadi sebutan dikalangan
peminat muzik tempatan sementara di Indonesia, album ini dipasarkan dengan
judul Tak Mungkin Berpaling. Lebih
membanggakan apabila lima single di dalam album ini berjaya menguasai carta
radio seluruh Nusantara. Lagu Kembali
Terjalin, Tak
Mungkin Berpaling, Nur
Kasih, dan Bukan
Niat Membalas Derita merupakan
rangkaian lagu-lagu hits nombor satu petikan album ini. Sementara lagu Manisnya Rindu juga
memberi impak tersendiri. Album ini menjadi antara album terbanyak melahirkan
single di kedudukan nombor satu di Malaysia dan Indonesia. Ramai menyifatkan lagu Tak Mungkin Berpaling pula
merupakan lagu yang mencerminkan identiti muzik yang diperjuangkan oleh Slam.
Segalanya berbaloi apabila album ‘Kesan Terbukti’ mencecah angka 300,000 unit
di pasaran Malaysia & Singapura dan terjual lebih 500,000 unit di Indonesia.
Ini telah melayakkan Slam menerima anugerah platinum berkembar dari syarikat
rakaman mereka.
Slam seterusnya
mengeluarkan album kompilasi Terbaik Slam pada
penghujung 1995 sebagai bekal sementara pembikinan album ketiga mereka.
Ternyata ketiga-tiga lagu bonus petikan album kompilasi tersebut mengungguli
carta, terutama sekali lagu Gerimis
Mengundang yang
menjadi lagu paling popular pada tahun 1996 sehingga pernah dirakam dalam 24
versi saduran oleh penyanyi pelbagai negara dan bahasa serta layak ke peringkat
akhir Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Industri Muzik. Lagu
ciptaan Saari Amri ini menjadi antara lagu Melayu paling masyhur dalam sejarah
muzik Nusantara. Terdapat parodi dan filem yang diterbitkan berdasarkan lagu
ini. Dua buah lagi lagu yang hits petikan album yang terjual lebih 200,000 unit
ini ialah Kurnia dan Jalan
Keindahan. Menerusi album ini Zamani Ibrahim diiktiraf oleh Anugerah
Industri Muzik sebagai pemenang kategori Persembahan Vokal Di Dalam Album
(Lelaki).
Album Kembali Merindu telah
berada dipasaran pada pertengahan tahun 1996. Dalam album ini, Slam telah
membuat pembaharuan yang drastik kearah memantapkan lagi muzik mereka. Mereka
mulai sedar dimana ‘target’ Slam untuk mencapai tahap tertinggi dalam industri
muzik sudah semakin hampir untuk digapai. Hasilnya mereka meraih kejayaan
sekali lagi menerusi single popular seperti Jika
Kau Rasa Getarnya, Kita
Terpaksa Bermusuhan dan Kembali Merindu. Album ini juga terjual
lebih 250,000 unit di Malaysia dan 400,000 unit di Indonesia. Mengekori
kejayaan ini ialah rangkaian konsert-konsert yang dijayakan oleh Slam. Mereka
pernah mengadakan Konsert Unplugged 1996 dan Live in Singapore pada tahun 1997
yang dikenali kerana membawa kejayaan besar hingga memberikan kejayaan apabila
diiktiraf dengan anugerah khas Kembara di Anugerah Industri Muzik ke-5 pada
tahun 1998.
Pada tahun 1998 juga,
Slam muncul dengan album Dalam Harapan dengan sedikit pembaharuan demi memastikan piawaian mutu
terjaga. Album ini mempertaruhkan singleMentari Muncul Lagi yang meledak pada tahun ini. Ketika ini Slam sudah mula
berjinak-jinak dalam dunia perfileman dengan pelawaan jutawan filem Yusof Haslam untuk beraksi dalam Bara serta sebuah lagi filem yang tidak disiapkan berjudul Cindai Asmara. Kerana agak lari fokus, album ini tidak
begitu mengujakan peminat tambahan persaingan daripada kumpulan baharu seperti
Spoon dan Def Gab C. Pun begitu, AIM mengiktiraf album ini apabila tercalon
dalam kategori Album Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-6 pada tahun
1999.
Pada tahun 1999, penyanyi
utama mereka pula dikaitkan dengan masalah disiplin dan kesihatan. Zamani
memberi bayangan akan meninggalkan Slam sehingga membuatkan ramai peminat tidak
puas hati. Slam membuat kemunculan terakhir bersama Zamani menerusi album
kompilasi Best of Slam pada tahun 1999 dan popular menerusi single nombor 1 berjudul Rindiani. Pada penghujung tahun 1999 Slam secara rasmi
direhatkan seketika apabila Zamani keluar dan Shah pula sebagai ketua kumpulan
bertindak menyertai kumpulan lagenda Search untuk
album Selepas Banjir.
Dalam Harapan (2003 - kini)
Setelah agak lama
berkubur dan Zamani telahpun melancarkan karier solo yang berjaya pada tahun
2002, Shah yang ketika itu telahpun menjadi pemuzik profesional mengambil
keputusan untuk membuat kemunculan semula biarpun tanpa kehadiran Zamani. Album
berjudul Slamanja diterbitkan pada tahun 2003 bagaimanapun tidak berjaya menaikkan
kembali nama kumpulan ini ekoran populariti lagu-lagu Zamani yang seiring
diputarkan di radio. Lagu Cintuni merupakan antara lagu Slam yang tidak menggunakan suara Zamani
beroleh sedikit populariti.
Pada tahun 2006, Shah
mengumumkan kehadiran Ronnie (Sharon Hussein) sebagai penyanyi baru dalam
kumpulan ini.[1] Album
comeback berjudul Menggapai
Langitakhirnya berjaya diterbitkan pada tahun 2007. Ia menghasilkan
kembali lagu-lagu hits seperti Rayuan
Di Puncak Genting dan Sesat Di Jalan Mu. Namun pasaran muzik
tidak lagi sama seperti dulu, kumpulan ini terpaksa bersaing dengan lebih ramai
pemuzik generasi baharu yang kebanyakkannya muncul dari underground scene. Hingga
ini Slam kekal antara kumpulan muzik paling berpengaruh di Malaysia dengan
jualan keseluruhan album di seluruh dunia lebih 1 juta unit. Kumpulan ini
berjaya mencipta nama di Indonesia dan berdiri sebaris dengan kumpulan-kumpulan
hebat Malaysia sepanjang zaman seperti Orkes Nirwana, The Zurah II,
Diskografi
Album Studio
·
Slam (1993)
·
Kesan Terbukti (1995)
·
Kembali Merindu (1996)
·
Dalam Harapan (1998)
·
Slamanja (2003)
·
Menggapai
Langit (2007)
Album Konsert
·
Slam Live Unplugged (1996)
·
Slam
Live Unplugged II (1997)
Album Himpunan
·
Terbaik Slam (1996)
·
Best of Slam (1998)
·
Koleksi
50 Lagu Terbaik Slam (2007)
Konsert
·
Konsert Grand Slam Unplugged ( 1996 )
·
Konsert Slam Kembali Merindu Live in Singapore ( 2012 )
·
Konsert Slam Unplugged Singapore (2012)
·
Konsert Kurnia Slam (2016)
·
Konsert Dua Dekad Slam (2016)
Penghargaan
1.
Anugerah Platinum 1995 - Album Slam ( Kesan Terbukti )
2.
Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Artis Berkumpulan Popular ( Anugerah
Bintang Popular 1995 )
3.
Semi Final ( Muzik Muzik 1995 ) - Nur Kasih
4.
Anugerah Platinum 1996 - Album Slam ( Kembali Merindu )
5.
Anugerah Platinum 1998 - Album Slam (Live Konsert Unplugged)
6.
Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Artis Berkumpulan Popular ( Anugerah
Bintang Popular 1996 )
7.
Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Vokal Lelaki Terbaik - Zamani ( Slam
) ( Anugerah Industri Muzik 1998 )
8.
Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Album Pop Terbaik - Slam ( Anugerah
Industri Muzik 1998 ) - Album - Slam ( Live Konsert Unplugged 2 )
9.
Anugerah Platinum 1999 - Album Slam ( Dalam Harapan ) Jualan
50,000 Unit
10.
Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Vokal Lelaki Terbaik - Zamani ( Slam
) ( Anugerah Industri Muzik 1999 )
11.
Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Album Pop Terbaik - Slam ( Anugerah
Industri Muzik 1999 ) - Album - Slam ( Dalam Harapan )
12.
Semi Final ( Muzik Muzik 1999 ) Lagu Mentari Muncul Lagi
13.
Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Penyanyi Lelaki Popular ( Anugerah
Bintang Popular 2002 ) - Zamani
14.
Vokal Lelaki Pilihan ( Anugerah Era 2002 )
15.
Anugerah Platinum 2002 - Album ( Zamani / Syair Si Pari Pari )
16.
Final ( Anugerah Juara Lagu 2002 ) - Zamani Lagu Syair Si Pari
Pari
17.
Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Vokal Lelaki Terbaik ( Anugerah
Industri Muzik 2003) - Zamani Album Zamani ( Syair Si Pari Pari )
18.
Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Lagu Terbaik - Syair Si Pari Pari (
Aidit Alfian / Ad Samad )( Anugerah Industri Muzik 2003 )
19.
Anugerah Platinum 2003 - Album ( Slam / Zamani Nostalgia
Gemilang )
20.
Final ( Anugerah Juara Lagu 2004 ) - Zamani Lagu Kala Hujan
Fenomena Populariti Lagu
Gerimis Mengundang Ciptaan ( Saari Amri ) – SLAM
Lagu Gerimis Mengundang Pernah Menjadi Hits Song Sehingga Di
Alih Bahasakan ( Senikata ) Sebanyak 21 Bahasa Di Seluruh Asia
1.
Kumpulan Slam Juga Telah Berjaya Mencapai Populariti Sebagai
Sebuah Kumpulan Yang Popular Menerusi Lagu Gerimis Mengundang Pada Tahun
1996/1997 Dan Bertanding Dalam Beberapa Penganugerahan Di Industri Muzik
Malaysia -
2.
Anugerah Bintang Popular 1996 - Pencalonan Akhir ( Top 5 )
Penyanyi Berkumpulan Popular - Slam
3.
Anugerah Industri Muzik 1996 - Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Vokal
Lelaki Terbaik - Zamani ( Slam ) Album Terbaik Slam
4.
Anugerah Industri Muzik 1996 - Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Lagu
Terbaik - Gerimis Mengundang - Slam
5.
Anugerah Double Platinum 1996 - Album ( Terbaik Slam ) Jualan
100,000 Unit
6.
Indonesian Music Industry 1996 - The Best Song Lagu Gerimis
Mengundang ( Slam )
7.
Kemuncak Populariti Lagu Gerimis Mengundang Kumpulan Slam Muncul
Di Dalam Konsert Grand Slam Unplugged Pada 3 Ogos 1996 Diiringi Okestra Di
Stadium Negara
8.
Juara Lagu 1996 - Pencalonan Akhir ( Final ) Slam - Gerimis
Mengundang
9.
Anugerah Platinum 1997 - Album ( Slam Live Konsert Unplugged )
Jualan 90,000 Unit
10.
Anugerah Bintang Popular 1997 - Pencalonan Akhir ( Top 5 )
Penyanyi Berkumpulan Popular - Slam
11.
Anugerah Industri Muzik 1997 - Zamani ( Slam ) Memenangi
Kategori Vokal Lelaki Terbaik - Album Slam Live Konsert Unplugged
12.
Anugerah Industri Muzik 1997 - Slam - Di Iktirafkan Anugerah
Kembara
13.
AMI ( Anugerah Muzik Indonesia 1999 ) - Slam Menerima Anugerah
Khas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan