AKU Satu waktu dahulu (BURN JOJO`S)
Salam perkenalan pada semua yang membaca, Beberapa peristiwa penglibatan aku didalam dunia musik satu masa dahulu di mana bermula di sebuah studio dibangunan abu kasim batu 5 jb yang dikenali
"Jojos Production"
berjinak2 dengan alat2 musik tetapi tidaklah pandai sangat bermain alat musik pon, namun minat sangat pada alat2 musik maka aku jadilah seorang juruteknik audio. jojos bukan hanya memiliki studio jamming tetapi ia juga memiliki peralatan sound system yang besar ketika itu,
bermula dari situ aku terus mengikuti setiap konsert yang dianjurkan oleh jojos production. Bermula dengan konsert Pujaan 10 nescafe diseluruh malaysia. Konsert Teleton si jantung Hati, serta setiap kali majlis keputraan Tengku Mahkota Johor dimasa itu dan kini telah menjadi Sultan Johor.
Fenomena search adalah konsert pertama, bergerak diseluruh malaysia kemudian konsert raja dan ratu rock (larkin stadium) may, mega, exist, ekamatra dan banyak lagi yang aku tak berapa nak ingat..
Cerita pasak konsert ini memang penat, apa tak nya bergerak kesana sini disetiap minggu ada saja konsert yang perlu dijayakan "tak rock pong" satu perkataan dari salah seorang penuntun yang datang menyaksikan konsert Ekamatra dan Mega di Stadium Kuantan, Pahang. "Terbo Sound System"
inilah sound system yang aku Pasang setiap kali konsert diadakan. sambung dilain hari....
Bersama Rahmat Mega Di Pasir Gudang
Bersama Slam di Pelayaran Star cruse
Team Jojo's Productiom
Team Johan Sound Production
Nash Lefthanded
Sheqal
Ini Best dek kerana tiada Penyanyi kumpulan Zabarjad aku yang kena nyanyi. Nasib 1 Lagu si Malik Sampai kalau tak Matilanak.
Bersama Zuri. 1 album Zuri Mampu yang dikeluarkan pada tahun 1993.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan