Mengapa aku berdiri teguh dibawah kepimpinan DS Anwar Ibrahim..
Masih terimbau detik itu dlm akhir thn 1997 cerita mengenai beliau seorang kaki liwat tersebar luas.
Terkejut dan sangat keliru daya fikir aku waktu itu...
Jiwa aku cukup terkesan dan tersentap dengan pelbagai pertuduhan dan
cercaan yang dilemparkan terhadap Anwar. Aku fikir ini tuduhan gila.
Mana mungkin seorang bekas aktivis Islam mengamalkan homoseksual!
Menyorot beberapa artikel yg aku baca mengenai sosok diri seorang yg
bernama Anwar Ibrahim...,,,akal yg waras pasti akan membuat penafian
atas semua tuduhan salah laku dan moral beliau.
Sejak berada di bangku sekolah iaitu di MCKK..,,, Anwar bukanlah pelajar
yg boleh di kategori popular kerana punya wajah tampan atau menjadi
kegilaan remaja perempuan. Tetapi semua guru-guru sangat cenderung
memilih dan melantik beliau sbg ketua pelajar.
Ini tidaklah menjadi kehairanan kerana peribadi beliau yg sgt pintar,berdisplin, bijak berhujah dan taat beragama.
Perwatakkan beliau terbawa hingga ke Universiti.
Ramai dari kita tahu..,,, Anwar merupakan peneraju Abim, pertubuhan
pergerakan belia Islam sewaktu beliau berada di kampus Universiti
Malaya.
Seorang aktivis pelajar yg sgt lantang bersuara mengenai hak dan
kebajikan anak melayu. Memperjuangkan kehidupan dan menerapkan
nilai-nilai keislaman dlm masyarakat melayu bermula dari kampus sehingga
ke kampung-kampung.
.
Kemuncak kepimpinan beliau bila berlaku demostrasi dan pemberontakkan
mahasiswa sewaktu isu kampung Baling yg keseluruhan penduduknya daif dan
hanya mampu menjamah ubi kayu setiap hari utk melapik perut. Natijahnya
Anwar di penjara di bawah tahanan ISA di kemunting atas kesalahan
menghasut dan menimbulkan huru hara.
Keperibadian Anwar sangat menarik minat Tun Mahathir.
Tun Mahathir pada masa itu dapat mengagak bahawa Anwar boleh membantu beliau utk meraih jawatan tertinggi Umno.
Tun merasakan Anwar adalah satu kuasa keramat yg mampu menjatuh dan
menaikkan reputasi seseorg politikus. Ini terbukti sewaktu Anwar
mengetuai gerakkan memprotes dan berpiket mendesak Tungku Abd. Rahman
meletakkan jawatan kerana pentadbirannya yg mengutamakan kaum cina
sehingga kaum melayu di kampung-kampung terabai.
Tun memujuk Anwar untuk bersama- sama Umno memperjuangkan melayu dan islam.
Akhirnya keluar dari Kamunting Anwar bersetuju menyertai Umno.
Persetujuan Anwar utk menyertai Umno telah membuatkan ABIM gelisah.
Separuh dari Mereka tidak bersetuju Anwar menyertai umno dan bukannya
Pas. Pemimpin-pemimpin Pas yg mendokong perjuangan ABIM juga jadi jauh
hati.
MengapaAnwar menerima pujukan Tun Mahathir utk menyertai Umno..!?
Anwar pernah berkata...,,, dia berniat
mahu menerapkan nilai-nilai islam ke seluruh pelusuk negara melalui
perjuangan umno yg di dokong kebanyakkan kaum melayu.
Anwar dlm Umno naik begitu mendadak sekali. Kepimpinan dan aura pejuang
melayu dan islamnya sangat besar sehingga ramai kalangan ahli Umno mulai
pandai berhujah berdasarkan petikan hadis dan al- quran. Anwar berjaya
mentraformasikan satu pertubuhan melayu menuju ke arah kepimpinan islam.
Aku masih ingat lagi sewaktu berada di tahun awal 80an. Waktu itu memang
sangat sukar untuk bertembung dgn wanita atau pelajar sekolah yg
menutup aurat dan bertudung. Nilai-nilai keislaman belum bangkit dan
meresapi budaya orang melayu.
Namun sewaktu mengalas jawatan Menteri Pendidikan..,,, Anwar dgn lantang
mengubal akta mendaulatkan bahasa melayu dan mulai mengislamkan
institusi pendidikan dgn nilai- nilai murni melalui pemakaian dan
aktiviti ibadah.
Waktu itu barulah muncul dan kelihatan wanita dan gadis- gadis melayu memakai tudung yg menutup keseluruhan rambut.
Sekiranya ada orang yang boleh dianggap sebagai pengasas gerakan
kebangkitan semula Islam di Malaysia, dia ialah Anwar Ibrahim...!!
Nah...,,, masakan seorang penggerak perjuangan islam seorang kaki liwat..!!
Sehingga aku menulis artikel ini..,,, belum ada seorang pun sahabat
beliau di MCKK dan UM menjelaskan atau memperakui bahawa beliau memang
seorang Gay atau biseksual..!!!
Malahan guru2 dan tenaga pengajar beliau jg amat sedih dan bersimpati
atas setiap tuduhan dan fitnah yg di lemparkan terhadap Anwar... Kecuali
sahabat politik yg akhirnya menjadi musuh politik beliau yg begitu
lantang mengiyakan fitnah tersebut.
Sbg anak muda yg sangat jahil perihal politik..,khabar itu membuatkan
aku jadi begitu teruja utk mengetahui duduk perkara sebenar... Dulu
penggunaan internet belum cukup meluas. Buku, majalah dan akhbar menjadi
media alternatif utk mencari berita dan maklumat...
Majalah Tamadun, Siasah, Detik, akbar Harakah dan buku2 politik seperti 50 dalil karangan Khalid Jafri .
50 dalil mengapa Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri adalah
pemulaan agenda memusnahkan personaliti dan karektor beliau ddlm
politik. Di meriahkan dgn kesinambungan surat berantai Umi Hafilda kpd
Tun tentang salahlaku Anwar yg kononnya menjalin hubungan asmara dgn
isteri abgnya Azmin Ali. Di tambah lagi dgn tuduhan jenayah seksual yg
melibatkan adik angkat beliau serta pemandu peribadi Wan Azizah..
Membaca buku 50 dalil ini agak mengelirukan dgn cara penulisan dan fakta
yg di beri. Semacam setiap rangka dan cerita di garap dlm bentuk
tuduhan dan fitnah yg melulu.
Berbanding dgn beberapa buku yg sangat menarik karangan Ahmad Lutfi Othman;-
##“Anwar Boneka Barat?”.
##Layakkah Anwar Ketuai Reformasi.!?
##Skandal Seks atau Konspirasi Politik!?
Pada aku buku-buku karangan beliau agak mencabar minda kerana tulisannya
memaksa pembaca berfikir dan mencari jawapan berdasarkan fakta dan
pemerhatian.
Bukan tuduhan atau fitnah yg di rancang...
Nampak sepertinya beliau mungkin semacam penentang, atau individu yg tidak menyukai sosok diri Anwar.
Tetapi mungkin beliau sedikit kecewa dgn sikap dan peribadi DS Anwar sewaktu dlm UmNo terhadap Pas dan pemimpin- pemimpinnya.
Aku masih teringat ayat beliau yg menilai niat Anwar menyertai Umno
umpama seekor lembu mengajak sekandang kerbau supaya tidak bermain dgn
lumpur.
Sedangkan sikap kerbau itu mana mungkin tidak sukakan lumpur. Akibatnya
lembu yg masuk ke kandang kerbau kalau tidak pun bergelumang lumpur
pasti terpalit atau terpercik juga dgn lumpur. Agak berkias dan simbolik
namun sangat menikam..!!!
Persoalan sama juga turut disentuh oleh S. H. Alattas dalam bukunya bertajuk ” Anwar Ibrahim : Wira, Juara atau Penderhaka”,
Buku karangan S.H Alattas ini agak sedikit misteri dan terlampau memaksa otak berfikir lama.
Tak kurang jg dgn kontroversi
Novel Shit karya Shahnon Ahmad pada tahun 1999 adaptasi daripada
pergolakan politik Anwar vs Mahathir dan Umno yang sangat haru biru
bermula dari satu episod politik dahsyat dan kebangkitan berani rakyat
bersuara dan menyatakan pendapat dan perasaan.
Karya ini lebih berbentuk sindiran yg keras atau satira yg keterlaluan.
Episod pemecatan Anwar telah mengerakkan satu gelombang kebangkitan
rakyat melalui semangat reformasi. Gerakan reformasi bermula dr road
tour ceramah di beberapa buah negeri bagi membersihkan namanya dan
menuntut Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan.
Dimana- mana muncul keluarga "anti-Mahathir’ dengan beraninya memakai
lencana dan tag yang tertera slogan ‘reformasi’, ‘keadilan’, ‘lawan
tetap lawan’ !!!
Kemuncak reformasi seterusnya disaksikan pada petang 20 September 1998
di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Hampir 100 ribu warga tanpa mengenal
latar kaum dan kelas berhimpun untuk mendengar ucapan ‘terakhir’ dari
Anwar sebelum beliau ditahan oleh pihak polis pada sebelah malamnya.
Selepas Anwar dipenjara –dgn berbagai siri-siri kepincangan institusi
negara bermula dr polis, badan kehakiman,hospital dan media perdana
secara berterusan menidakkan hak dan memusnahkan karektor seorang
pejuang rakyat yg bernama Anwar...!!!
Apabila Anwar di pukul di penjara oleh ketua polis ketika itu...,,,
Tun Mahathir dgn lantang menyatakan Anwar memukul dirinya sendiri...
Bermula dr detik itu rakyat dan seluruh parti pembangkang terus
menyatakan simpati dan sokongan yg tidak berbelah bg terhadap Anwar.
Rakyat yg sedar mulai mengerti Anwar adalah mangsa konspirasi jahat Tun dan sekutu- sekutunya di dalam Umno.
Mereka tidak dapat membongkar pecah amanah, rasuah atau salahlaku politik beliau sewaktu di dalam Umno.
Makanya tuduhan jenayah liwat dan seks yg di susun dan di rencana sejak 1997 di realisasikan pada september 1998.
Tuduhan itu dgn niat utk memusnahkan aura islamik dan kepimpinan Anwar yg bersih.
Semuanya berpunca dari sikap Anwar yg sangat berani dan lantang menegur
kepimpinan Umno yg rasuah, kronisme serta kepincangan- kepincangan
pentadbiran di segenap kementerian.
Natijahnya Tun mulai sakit hati dan tergugat dgn kuasa dan pengaruh Anwar yg semakin besar di dalam Umno.
Yang sedihnya, Anwar ditangkap, dibicara dan dipenjarakan kerana
kehendak penguasa, waktu itu Tun Mahathir Mohamad bukan berdasarkan
fakta keterangan dan undang-undang. Tetapi tuduhan dan agenda jenayah yg
sangat meragukan. Dan sewaktu beliau dibebaskan juga adalah kerana
kemahuan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi yg ketika itu berbalah
dari segi kepimpinan dgn Tun dan bukan semata-mata fakta kes.
Maka aku turut bersedih... Maknanya, hakim-hakim masih tidak bebas
menentukan penghakiman dan mereka perlu melihat isyarat dari pihak
eksekutif.
Namun setelah Anwar bebas berpolitik dan bejaya menyatukan semua parti
pembangkang yg berlainan ideologi dan perjuangan dalam satu gelombang
politik baru. Kini sudah mulai kelihatan kecenderungan badan- badan dan
individu profesional yg secara terang- terangan menyokong dan mendokong
perjuangan menuju Malaysia Baru.
Gelombang perubahan ini terlakar dlm PRU12 yg menafikan kemenangan 2/3 BN di Parlimen.
Kini gelombang itu semakin deras dan pukulan- pukulannya semakin keras membadai BN dan Umno.
BN semakin lemah dan melonglaikan.
Rakyat mulai sedar..,,, suara mereka adalah suara keramat yg mampu
merubah politik Malaysia ke arah politik yg lebih baik,bijak dan matang.
Namun sehingga ke detik ini Umno masih bermain politik cara lama. Masih
berusaha membangkitkan sentimen kaum dan agama, membakar api patriotik
melalui agenda menuduh Anwar sbg agen Amerika dan Yahudi. Mencetuskan
sentimen hak kaum melayu yg akan hilang di sebabkan perpaduan antara
DAP.
Terus- terusan mengfitnah, membuat tuduhan dan rencana jahat mereka
melabel Anwar sebagai seorang pemimpin yg tidak layak kerana punya
beberapa siri salah laku seks yg tidak pernah pun berjaya di buktikan
oleh mahkamah.
Benarlah kata Anwar..,,, beliau tidak pernah mampu berdiri seteguh dan segagah ini tanpa doa rakyat dan restu Allah.
Tiba- tiba jiwa ku terasa bergetar dan airmataku gugur perlahan- lahan.
Aku masih terbayang abah mengayuh basikal tua nya ke masjid semata- mata
ingin berdoa dan membaca surah yassin sewaktu keputusan bicara kes
tuduhan liwat Syaiful Bukhari terhadap Anwar di jatuhkan.
Sempat aku melihat mak pun turut mengambil wuduk dan membacakan surah Yassin berkali- kali.
Bila aku sampaikan keputusan Anwar di bebaskan dan dilepaskan dari
tuduhan tersebut.., abah mengangkat tangan berdoa bersungguh- sungguh.
Mak yg selesai membaca surah Yassin mula menguntumkan senyuman dan
berbisik... Kali ini Anwar mungkin ikhlas berjuang utk rakyat...
Aku terpukul dan terkasima dari episod doa dan keyakinan rakyat biasa yg
sangat mempercayai Anwar adalah insan terpilih yg mampu merubah corak
Malaysia ke arah yg lebih baik...!!
Allahu akbar... Allahu akbar... Allahuakbar...!!!
REFORMASI...!!!
Lawan tetap lawan...!!!
Jom UBAH Malaysia...!!!
sumber
SINI
Empat presiden parti komponen BN sudah tewas sebelum berjuang
Adios