Bukit itu
dikerumuni sekalian manusia. Orang pasar, peniaga, pedagang, tak kurang para
pembesar. Kesemua bola mata memandang susuk tubuh tersebut.
Terik
matahari dibuat tak endah. Lelaki tampan itu membuka mulut.
“Wahai Bani
Fihr, wahai Bani Ady, wahai semua kaum Quraisy!” teriakan itu melantun dari
bibir yang tak lekang dengan senyuman. Lantang. Lembut bahasanya. Menyusup
jelas ke dalam telinga sekalian pemerhati.
Penduduk
Quraisy kesemuanya menanti bicara indah Sang Terpuji.
“Apa
pendapat kalian sekiranya kukhabarkan sepasukan berkuda bersenjata lengkap
mengepung, siap menyerbu Makkah dan melumatkannya?”
Bibir
sekaliannya berebut menjawab lontaran tanya itu.
“Kami belum
pernah mendengar khabar dusta darimu Muhammad!”
“Benar.”
“Engkau yang
bergelar al-Amin mana mungkin terlontar kata dusta.”
Dan lelaki
indah itu masih dengan senyumannya. Indah. Terik matahari
menyimbah seluruh tubuh penuh sempurna itu.
“Sesungguhnya,
aku adalah pembawa peringatan dari sisi Allah sebelum datangnya…”
“Tabban laka
ya Muhammad! Alihaadza jama’tanaa?!! Binasa engkau wahai Muhammad! Apakah untuk
urusan seremeh ini kami dikumpulkan?!!” pantas bicara indah Sang Rasul itu
dipotong lelaki tampan berkulit putih, bermata juling dengan telunjuk teracung marah
pada susuk indah di atas bukit Safa.
Dan cemuhan
itu turut diperhati si pemuda di sudut lainnya. Sudut yang sememangnya
berlainan memang. Terpisah oleh dimensi masa dan tempat. Fikirannya menerewang.
Bukan pada bicara hina duri dalam dakwah Islamiyyah itu. Bukan pada bicara
saksi dakwah Baginda. Bukan pada kata-kata yang membenarkan setiap lontaran
suara Sang al-Amin.
Pada tutur
kata sempurna Sang Rasul.
Pada suara
dakwah Sang Rahmat Sekalian Alam.
Mencari
jawapan di sebalik kata.
Mencari jawapan
dengan meletakkannya dirinya sendiri di Bukit Safa.
Apa mungkin
seseorang dari kalangannya sendiri mengaku sebagai pembawa utusan kebenaran?
Bagaimana
mungkin si ayahandanya, atau mungkin jiran tetangga, atau mungkin anak
saudaranya sendiri mengaku sebagai Nabi.
Dan dia mula
membayangkan sendiri perit jerih Baginda SAW.
Entah. Apa
jawapannya?
Apa jawapan sanggupnya Baginda?
Wajahnya
diangkat dari buku sirah tersebut. Baginda Rasul…
Mungkin,
jawapannya helaian yang dikhatamnya berbulan-bulan yang lalu. Pada kisah
kematian Abdullah ibn Ubay, Bapa Munafik sezaman dengan Rasulullah SAW.
‘Umar mengah. Segala perbuatan kejahatan khianat
Abdullah dihemburkan. Dia menghalang. Tegas menghalang.
Utusan
langit itu masih dengan senyumnya. Lembut namun tegas. Tetap pada pendirian
baginda.
Dan saat,
detik itu menyaksikan nuzul at-Taubah, ayat 9.
(Orang-orang munafik itu) sama sahaja engkau meminta ampun
untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun bagi mereka. Jika engkau (wahai
Muhammad) meminta ampun bagi mereka tujuh puluh kali (sekalipun) maka Allah
tidak sekali-kali mengampunkan mereka yang demikian itu, kerana mereka telah
kufur kepada Allah dan RasulNya dan Allah tidak akan memberi hidayah pertunjuk
kepada kaum yang fasik.
“Hai ‘Umar,”
sabda Sang Nabi, “jika sekalipun Allah memaafkan Abdullah ibn Ubay pada pohon
keampunanku lebih tujuh puluh kali, akan aku pohon keampunan ke atasnya.”
Jawapannya. Mungkin.
Mungkin juga
pada kata-kata akhir Baginda Nabi.
Usia tua
tidak memudarkan senyum indahnya. Wajah itu indah sekalipun di lewat usia. Peluh
bersimbah pada wajah putih Baginda. ‘Aisyah menggenggam erat tangan
RasulullahSAW.
“Apa nasib
ummahku wahai Izrail?” Bibir indah itu lagi sekali menuturkan.
Adin menutup
buku di tangan. Buku sirah. Kalau nak dikira, dah berkali-kali khatam muka-ke
muka. Tapi ada persoalan berlegar pada fikirannya.
Jawapannya pada
satu kata.
Cinta.
Love.
Lyubov’.
Amor.
Kerana cinta
itu agung maksudnya. Tinggi sasteranya. Dalam definisinya.
Dan definisi
cinta itu termaktub dalam setiap inci hidup Baginda.
Baginda cinta
akan kita.
"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad),
melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam"
[al-Anbiya' : 109]
[Rasulullah SAW]
Kerana Baginda mencintai kita
:']
Habiburrahim
Bahasa...skema. Tak pernah buat. Entah. Nak cuba. Aman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan